peluang kerjaya


Peluang Kerjaya
Mempunyai latar belakang mekatronik peluang untuk pergi ke pelbagai bidang itu luas. Mekanikal, Elektronik, System, Elektromechanical, Oil & Gas, Manufacturing dan sebagainya. Setakat yang saya perhati masa mohon tempat praktikal, syarikat kejuruteraan ada banyak bahagian di dalamnya. Untuk menghasilkan sesuatu mesin/sistem contohnya perlukan ilmu dari segi control, mekanikal, sensor, elektronics dan lain-lain. Untuk info kerjaya boleh ke Jobstreet.com cari tentang electronics/mechanical/electromechanical engineer dan lihat kelayakan di situ. Ataupun boleh lawat Institute Of Engineers Malaysia dan search di Job Gallery Job Feeds @JobsCentral. Saya masih lagi belajar jadi nak ulas tentang kerjaya belum arif namun yang pasti banyak bidang kita boleh pergi.
Kalau orang tanya susah ke tidak ambil mekatronik,takde jawapan rasanya. Speechless! Haha. Asasnya engineering field memang berat,yelah belajar benda yang kompleks. Jangan study sorang-sorang la melainkan anda genius. Akhir sekali,kalau tak minat kejuruteraan jangan buat bidang ni. Baik ambil bidang business sebab saya nampak bidang business sangat berpotensi.

No comments:

Post a Comment